Sunday 28 July 2013

ada apa dengan kehebatan dan kemodenaan anda itu?



assalamualaikum dan hye kepada readers..sejak kebelakangan ini ada mcam2 benda yang bermain difikiran saya ni..salah satunya ..kenapa setengah orang akan fikir mereka lebih moden dan bagus ..mungkin sebab semua manusia mempunyai cara pemikiran yang berbeza kowt..okay saya ada satu cerita yang selalu bermain difikiran tentang seseorang yang tak tahu rasa bersyukur dan berfikir dirinya hebat..
bukanlah saya nak cakap saya ni bagus atau baik ..saya tak pernah pandang rendah kat orang lain tapi apabila ada seorang berasa mereka lebih gah atau hebat dari orang lain dan tak pernah cukup dengan apa yang ALLAH berikan..saya mula tertanya-tanya
ang ni hebat tera mana sangat lah? nak kata keturunan raja atau orang kaya x lah juga? nak kata orang soleh pon dak gak? apa lah masalah ang ni duk pikir ang hebat dan moden dari orang lain ni ? awat ang x pernah rasa puas dengan rezeki ang?
kadangkala saya rasa meluat dan benci dengan orang macam ni..mana tak nya..diri x sekaya mana pon..hutang pon keliling pinggang..masalah toksah habaq lah kan memang semua jadi masalah..tapi dya punya berlagak tu dya mau sampai kebulan nuhhh..ishk2 ishk lah saya kesian sungguh lah kat orang mcam ni..sebab dia secara tak sedar telah membuatkan orang berasa meluat dan semakin jauh dari dya

bukan niat nak kata..tolonglah sedar..pendidikan anda tak lah setinggi mana dan kerja pon x lah sehebat mana sangat..jangan nak berlagak sangat dan tidak mahu menerima pandangan orang lain..bila-bila masa ALLAH tu boleh ja tarik suma benda yang dia bagi..ada baiknya kalo anda bersifat rendah diri dan berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain even lah pendapat orang lain kadang2 kureng kan..tapi apa salahnya belajar terima nasihat dan teguran..rasa lah syukur sikit sebab masih ada orang yang syang anda dan sanggup bagi teguran saat anda melakukan kesalahan

anda mungkin moden didunia tapi diakhirat modenkah anda? kalo solat dan amalan-amalan wajib pon anda pandang sebelah mata saja buat nak tak nak ja..tak ada inisiatif nak berubah kearah kebaikan dan tak pernah bersujud menujukkan rasa syukur diatas nikmat ALLAH dah bagi..berfikir pegangan agama hanya dibuat bila masa terdesak  ataupun bila umur makin meningkat tua barulah terhegeh-hegeh nak belajar agama..come on lah fikiran macam tuh hanya orang yang jauh dari tuhan saja yang fikir mcam tuh..amalan kita ni umpama botol..kalo kita isi penuh maka beratlah botol tuh..tapi bila tak diisi maka ringanlah botol tuh..sama juga amalan kalo kita isi diri kita dengan amalan soleh maka beratlah timbangan kita diakhirat nanti dan jika kita tak isi diri kita dengan amalah soleh..janganlah berharap agar timbangan itu nak jadi berat..saat tuh barulah sedar bahawa diri dah terlambat untuk kembali kepangkal jalan

mungkin kalo orang tuh terbaca entri sya ni..saya harap sangat agar anda tolonglah berubah dan jangan nak selalu bersyukur dengan rezeki ALLAH dah bagi disamping jangan fikir anda bagus,semua anda buat semua betul dan anda sajalah moden kan daripada orang lain..anda tahu tak? ramai lagi orang yang lebih bagus dan hebat serta moden lagi dari anda tapi dya selalu bersyukr dan x pernah lupa tuhan..pernahkah dya pi habaq kat orang kata dya lagi hebat? orang macam ni lah yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan orang mcam ni lah yang membuat masyarakat mengatakan dirinya hebat bukan sebab dya kaya atau moden tapi sebab dya dekat dengan ALLAH s.w.t dan amalannya lebih bagus..moden tak salah pada pandangan mata saya tapi jangan lalai dan lagha sampai lupa tuhan :)

p/s:saya berharap sangat agar dia berubah dan kembali mencari ALLAH serta jangan terlalu memikirkan diri  dia lebih baik dari orang lain



kenapa kita rasa sedih dan bagaimana ingin mengatasinya?

assalamualaikum dan hye kepada semua
kenapa kita ada perasaan sedih? macam kat bawah ni
rasa sedih adalah satu perasaan yang mana kita menunjukkan ketakutan,kehilangan,kesakitan ,kerisauan dan kesusahan yang kita alami dalam satu-satu situasi..apabila kita mengalami kesedihan secara tidak langsung hati kita turut berasa sakit dan mata akan mengeluarkan air yang dipanggil air mata untuk menunjukkan kesakitan itu...
ada kalanya kita juga mudah untuk merasa sedih tanpa sebab dan ianya mungkin kerana hati kita lembut dan mudah tersentuh atau jiwa kita tidak tenteram sebenarnya


kesedihan adalah satu perasaan yang normal bagi manusia kerana secara umumnya..bersedih dan merasa diri disakiti boleh mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya..jadi anda tak perlulah risau kenapa anda bersedih kerana secara tidak langsung anda telah berjaya melahirkan satu perasaan yang dapat membantu anda menghilangkan rasa sakit sedikit demi sedikit dan mengurangkan stress..cumanya janganlah sentiasa berada dalam keadaan sedih dan rasa disakiti saja..apabila kita asyik sedih moto dan kualiti kehidupan kita sedikit sebanyak terjejas dan ini akan terus membuat kita sedih dan terus bersedih sehingga ada rasa keinginan "aku harus mati saja daripada terus hidup dalam keadaan sedih"

untuk menghilangkan sedih sini ada beberapa cara untuk mengatasinya :


1)tulis dan luahkan kesedihan melalui tulisan
ambil pen dan sekeping kertas ataupun tulis diari dan ceritakan sebab anda bersedih..ada kalanya tak suma orang akan paham kesedihan anda hanya diri anda yang paham akan rasa sakit dan sedih itu..jadi untuk meluahkannya ada kalanya kita harus menghadapinya sendiri dengan menulis sesuatu..disamping menulis anda juga boleh melukis sesuatu benda sama ada bentuk ataupun kartun yang boleh membuat anda rasa gembira kembali


2)menonton cerita yang lawak ataupun kartun
ramai orang menganggap cerita lawak adalah cerita yang bodoh dan kartun hanya untuk kanak-kanak saja..sebenarnya cerita lawak dan kartun bukan direka untuk orang bodoh atau kanak-kanak saja ianya lebih kepada ingin menceriakan kehidupan anda sama ada dewasa atau kanak-kanak..bila bersedih cuba try buka kartun or comedy dan tontonnya..walopun sedih tak akan hilang serta merta at least dapat membantu melupakannya seketika dengan bergelak ketawa jadi tak lah rasa tertekan sangat kan


3)bersenam (exercise)
bersenam bukan saja dapat menyihatkan tubuh anda tetapi dapat release satu hormone nama endorphin (hormon kegembiraan) ..bersenam dapat mengeluarkan peluh dan kita berasa lebih cerdas dan saluran darah akan berfungsi lebih baik..jadi segala saraf yang tegang akan dikendurkan kembali..jadi otak pun boleh berfikir dengan tenang dan baik apabila suma sistem dalam badan kita dalam keadaan yang baik


4)mendengar muzik
muzik adalah satu terapi yang baik untuk hilangkan kesedihan..anda boleh memilih genre yang disukai dengan itu mood kita akan bertukar serta merta...pilihan muzik dan nada yang sedap adalah yang terbaik untuk membetulkan perasaan anda..kalo berada dalam keadaan yg sedih bagi saya eloklah dengar lagu yang gembira dan rock sikit lah untuk membuatkan kita lebih energetic dan merasakan masalah boleh diselesaikan


5)menangislah semahu-mahunya 
berikan diri anda satu ruang untuk merasakan kesedihan itu sendiri..menangis lah semahu-mahunya kalo boleh sampai habis tisu sekotak pon tak apa ..ada setengah orang tak kira walau macam mna pon dya dah try nak jadi happy nak lupa kesedihan pon dya still masih dalam keadaan yang sedih..mungkin untuk orang mcam ni dya kena menangis untuk melegakan perasaannya ..biarkan air mata mengalir jangan ditahan..kalo lagi kita tahan air mata hati kita akan lebih sakit..menangis bukan membuatkan anda lemah tapi lebih menguatkan jiwa anda 
“Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.” ― Steve Maraboli


6) cuba berceritakan masalah anda
masalah yang anda alami seharusnya tidak eloklah dipendam..cuba luahkan masalah anda sama ada kepada teman baik (make sure kwan bukan jenis suka tabur cerita dan tikam belakang) ataupun kepada ahli keluarga yang anda rasakan paling rapat dan memahami anda..jika anda merasakan agak payah atau malu dengan kawan atau keluarga..cuba berjumpa kaunselor atau pakar dan ceritakan masalah anda..kerana mereka yang expert dalam bidang psikologi ini mungkin mempunyai nasihat yang bernas bagi anda untuk mengatasi kesedihan itu


7)tidur or taking a nap
ambil bebrapa jam masa anda dan dapatkan tidur yang secukupnya ataupun good nap..apabila kita tidur otak kita akan mengurangkan kerjanya dan kembali normal dengan itu selepas bangun tidur kita akan kurang berasa sedih..sebelum tidur kalo boleh try kosongkan minda anda dan fikirlah perkara yang baik-baik sahaja


8)keluar dari rumah ambil angin dan berjalan-jalan
anda tidak boleh hanya terperuk dalam rumah saja ketika dalam keadaan yang sedih..sebolehnya cubalah keluar dari rumah bersiar-siar sambil lihat keindahan semulajadi yang tuhan ciptakan..lihatlah tumbuhan yang hijau ataupun benda-benda yang hijau untuk dapatkan lebih ketenangan..sambil berjalan cuba lah belajar bernafas dengan baik dan lihatlah sekeliling untuk membuatkan kita lebih bersyukur dengan kehidupan kita


9)terus tersenyum ataupun fikirkan kenangan yang terbaik
senyumlah walopun hati kita berduka kerana bila terus tersenyum kita secara tak langsung telah merangsang otak untuk terus berfikir positif..cuba senyum dan tengok cermin..lihatlah kita berhak untuk senyum bukan untuk bersedih dan masam muka sambil dalam otak fikir kenapa aku harus bersedih jika aku boleh bergembira..samping itu imbas kembali memori yang indah krana ia akan membuat kita tersenyum secara tidak sedar..apa apa kenangan pon boleh..childhood memory ataupun saat indah anda dpat memliki sesuatu yang diidamkan


10)yakinlah diri anda tidak keseorangan
ironinya apabila kita bersedih..kita akan fikir kita selalu keseorangan ataupon forever alone..salah ya tanggapan tuh salah sama sekali..kita tak pernah kesunyian sebab tuhan selalu bersama kita..cuma kita kena cari tuhan itu..ramai orang telah meninggalkan pencipta-Nya apabila gembira dan kembali mencari pencipta-Nya saat kesedihan..sifat atau perspektif macam ni haruslah kita buang sebab bila tinggal tuhan..tuhan akan tinggal kita dan hidup kita tiada dalam keberkatan dan rahmatnya..jadi syaitan mudah mengambil alih hati dan fikiran kita untuk terus berasa sedih dan merasakan diri tiada gunanya lagi
apabila bersedih cuba hamparkan sejadah ..sembahyang ingat tuhan bertaubat dan akhir sekali tadah tangan untuk memohon kepada yang maha Esa agar hati lebih tenang kerana yakin kuasa ALLAH dapat membetulkan kembali keadaan..satu lagi jangan tinggalkan al-Quran kerana ianya KALAMULLAH yang hebat yang dalamnya terdapat pelbagai panduan untuk mebentuk hidup yang lebih bahgia dalam keberkatan ALLAH s.w.t


*akhir sekali saya harap sangat entri saya kali ini dapat mengurangkan perasaan sedih yang ada dalam diri pembaca yer..kita berhak untuk berasa gembira perasaan sedih hanya sekali-sekala hadir untuk terus mematangkan diri kita agar kita belajar dari kesilapan*
 
I've realized that life is indeed full of contradictions. Sometimes its crazy to be sane.You need to fall to fly. People suffer because you care.You have to unlearn to know the lesson. You have to give up because you are strong.You have to be wrong to make things right.Nonetheless, life's complexities are also life's source of beauty. We should cry to laugh again, fall apart to be whole again, and get hurt to love again.
                                                                                                                -unknown author- 



Saturday 27 July 2013

❤Belajar mencintai diri sendiri ❤

assalamualaikum and hye kepada semua .. belajarlah mencintai dan mengasihi diri sendiri supaya kamu akan layak untuk dicintai dan dikasihi ..berapa orang ramai gagal dalam percintaan dan sampai sekarang masih gagal lagi mencari cinta..cinta bukan sekadar boyfriend or girlfriend ja tapi melibatkan family dan rakan-rakan..kalau dilihat dari satu sudut tak suma cinta gagal disebabkan pasangan atau pihak lain ianya juga boleh berpunca dari diri sendiri...sakit sebenarnya kan kalo mencintai seseorang tapi cinta atau kasih sayang x dibalas ..bagi saya cinta ini macam puzzle..kalo tak pandai susun ikut turutan dan caranya susah nak dapat gambaran bagaimana ingin bercinta.. so saya nak kongsi tip macam mana nak mencintai diri sendiri supaya dapat mengenal dan mencintai diri sendiri lebih mendalam sebelum mencintai orang lain



1) tanyakan siapa diri saya yang sebenarnya 
kebanyakan individu masih gagal dalam menjawab soalan yang macam ni..bila orang tanya sapa awak ni eh? kita akan jawab saya "manusia" "hamba ALLAH" dan saya adalah "saya"..tak dinafikan semuanya betul jawapan tuh tapi cuba bagi lebih specific lagi  ambil lah sebanyak masa yng boleh untuk  jawab soalan ini suma jawapan anda tak nampak sangat "bodoh" pada orang lain contohnya:
ceritakan tentang misi dan visi anda..kenapa saya masih hidup lagi? apa tujuan saya hidup?apa sumbangan saya kpada diri saya sendiri,keluarga,agama dan negara ?
cuba senaraikan minat,asal usul,kemahiran ataupun cara pemikiran anda supaya lebih memahami keupayaan diri sendiri


2)belajar menjadi seorang yang rendah diri 
setengah keadaan kita perlu juga menjadi sombong kan tapi janganlah sampai orang cakap "ek eleh minah/mamat ni berlagak bodoh sombong pulak dia ni" ..kaji dulu keadaan dan situasi sebelum menjadi sombong taw penting tuh..menjadi seorang yang rendah diri bukanlah bermakna anda ini pendek atau boleh dipijak-pijak oleh orang lain..tetapi belajar menerima tak suma benda anda ketahui..anda ada rasa nak belajar dan keinginan untuk mngetahui sesuatu..selain itu, merendah diri untuk terima pendapat orang lain dan teguran juga boleh membuatkan orang lain senang dengan diri kita.jangan menjadi terlalu ego sebab tak suma orang boleh paham ego kita tuh dan ia akan membuat jarak kemesraan kita dengan seseorang lebih jauh

3) menyenaraikan kelemahan dan kelebihan anda
cuba ambil pen dan sehelai kertas..kemudian bahagi dua kertas tuh..sebelah senarai kelemahan dan sebelah lagi senaraikan kelebihan anda..jujurlah dengan sikap anda ..kalo anda seorang yang takut cabaran jangan cuba menipu dengan mengatakan itu bukan kelemahan anda..kalo anda seorang yang peramah jangan malu untuk mengatakan itu adalah kelebihan anda..apabila dah dapat kenal pasti kelemahan dan kelebihan cubalah perbaiki kelemahan anda sebaik yang mungkin dan lakukan apa yang terdaya untuk membetulkannya..belajar mengatasi melalui buku ataupun google okay :)..untuk kelebihan cuba meningkatkan lagi dari masa ke masa..tak rugi pun ada buat semua ini..bukan saja dapat belajar mencintai diri sendiri tetapi boleh buat orang lain jatuh cinta kat anda juga 


4) berhenti bersikap negatif
ahhh ini adalah benda yang paling bahaya..fikiran negatif ini adalah satu daya pemikiran yang mana akan menjatuhkan diri anda sendiri..apabila berhadapan dengan kesusahan dan juga kecewa putus cinta atau cinta tak disambut cubalah buka buku ataupun google untuk dapatkan kata-kata motivasi supaya kita lebih berfikiran positif..tak ada masalah yang tak ada jalan penyelasaiannya ..mesti ada cuma kita kena berfikiran positif dan berusaha menyelesaikannya sebaik dan sedaya yang mungkin..kalo tak boleh juga cubalah bertawakal dan berdoa kerana itu adalah jalan yang terbaik


5) belajar dari kesilapan masa lalu
ramai orang menggangap masa lalu adalah masa yang harus dilupakan..betul memang betul tapi kita kena toleh ke belakang juga kadang-kadang dan cuba betulkan kesilapan..macam mna nak belajar dri kehidupan jika kita tak belajar dari kesilapan masa lalu..kesilapan itu lah yg mematangkan diri kita dan mnguatkan azam kita..apabila kita belajar dari kesilapan ..kita akan lebih berhati-hati dengan diri sendiri dan juga orang lain..jadi kesakitan dari kesilapan tidak akan berulang dan hati kita pon lebih tenang dan gembira untuk berdepan dengan orang lain..kita juga boleh meningkatkan keyakinan diri apabila kita bnyak belajar dari kesilapan 


6)teruskan belajar dan benarkan diri anda untuk terus berubah 
kehidupan perlukan pelajaran untuk merubah diri kita menjadi seorang yang lebih berguna di mata masyarakat..Nabi Muhammad s.a.w pon ada bersabda 
"Tuntutlahlah ilmu dari dalam buaian sehingga keliang lahad"
maksudnya proses pembelajaran ini tidak akan penah berhenti dari kita kecil sehinggalah kita bakal berdepan dengan kematian..samping itu benarkan diri anda untuk mengalami perubahan sama ada dari segi penampilan,cara kehidupan yang mngikut syariaat dan cara pemikiran..berubahlah kepada yang lebih baik sebab perubahan akan mematangkan dan memajukan diri kita jadi kita dapat membentuk satu personaliti yang orang lain senang dan kita sendiri pon senang juga 

jadi melalui tip-tip yang saya bagi tuh cubalah membuat diri anda layak dicintai atau mencintai