Saturday, 27 July 2013

❤Belajar mencintai diri sendiri ❤

assalamualaikum and hye kepada semua .. belajarlah mencintai dan mengasihi diri sendiri supaya kamu akan layak untuk dicintai dan dikasihi ..berapa orang ramai gagal dalam percintaan dan sampai sekarang masih gagal lagi mencari cinta..cinta bukan sekadar boyfriend or girlfriend ja tapi melibatkan family dan rakan-rakan..kalau dilihat dari satu sudut tak suma cinta gagal disebabkan pasangan atau pihak lain ianya juga boleh berpunca dari diri sendiri...sakit sebenarnya kan kalo mencintai seseorang tapi cinta atau kasih sayang x dibalas ..bagi saya cinta ini macam puzzle..kalo tak pandai susun ikut turutan dan caranya susah nak dapat gambaran bagaimana ingin bercinta.. so saya nak kongsi tip macam mana nak mencintai diri sendiri supaya dapat mengenal dan mencintai diri sendiri lebih mendalam sebelum mencintai orang lain



1) tanyakan siapa diri saya yang sebenarnya 
kebanyakan individu masih gagal dalam menjawab soalan yang macam ni..bila orang tanya sapa awak ni eh? kita akan jawab saya "manusia" "hamba ALLAH" dan saya adalah "saya"..tak dinafikan semuanya betul jawapan tuh tapi cuba bagi lebih specific lagi  ambil lah sebanyak masa yng boleh untuk  jawab soalan ini suma jawapan anda tak nampak sangat "bodoh" pada orang lain contohnya:
ceritakan tentang misi dan visi anda..kenapa saya masih hidup lagi? apa tujuan saya hidup?apa sumbangan saya kpada diri saya sendiri,keluarga,agama dan negara ?
cuba senaraikan minat,asal usul,kemahiran ataupun cara pemikiran anda supaya lebih memahami keupayaan diri sendiri


2)belajar menjadi seorang yang rendah diri 
setengah keadaan kita perlu juga menjadi sombong kan tapi janganlah sampai orang cakap "ek eleh minah/mamat ni berlagak bodoh sombong pulak dia ni" ..kaji dulu keadaan dan situasi sebelum menjadi sombong taw penting tuh..menjadi seorang yang rendah diri bukanlah bermakna anda ini pendek atau boleh dipijak-pijak oleh orang lain..tetapi belajar menerima tak suma benda anda ketahui..anda ada rasa nak belajar dan keinginan untuk mngetahui sesuatu..selain itu, merendah diri untuk terima pendapat orang lain dan teguran juga boleh membuatkan orang lain senang dengan diri kita.jangan menjadi terlalu ego sebab tak suma orang boleh paham ego kita tuh dan ia akan membuat jarak kemesraan kita dengan seseorang lebih jauh

3) menyenaraikan kelemahan dan kelebihan anda
cuba ambil pen dan sehelai kertas..kemudian bahagi dua kertas tuh..sebelah senarai kelemahan dan sebelah lagi senaraikan kelebihan anda..jujurlah dengan sikap anda ..kalo anda seorang yang takut cabaran jangan cuba menipu dengan mengatakan itu bukan kelemahan anda..kalo anda seorang yang peramah jangan malu untuk mengatakan itu adalah kelebihan anda..apabila dah dapat kenal pasti kelemahan dan kelebihan cubalah perbaiki kelemahan anda sebaik yang mungkin dan lakukan apa yang terdaya untuk membetulkannya..belajar mengatasi melalui buku ataupun google okay :)..untuk kelebihan cuba meningkatkan lagi dari masa ke masa..tak rugi pun ada buat semua ini..bukan saja dapat belajar mencintai diri sendiri tetapi boleh buat orang lain jatuh cinta kat anda juga 


4) berhenti bersikap negatif
ahhh ini adalah benda yang paling bahaya..fikiran negatif ini adalah satu daya pemikiran yang mana akan menjatuhkan diri anda sendiri..apabila berhadapan dengan kesusahan dan juga kecewa putus cinta atau cinta tak disambut cubalah buka buku ataupun google untuk dapatkan kata-kata motivasi supaya kita lebih berfikiran positif..tak ada masalah yang tak ada jalan penyelasaiannya ..mesti ada cuma kita kena berfikiran positif dan berusaha menyelesaikannya sebaik dan sedaya yang mungkin..kalo tak boleh juga cubalah bertawakal dan berdoa kerana itu adalah jalan yang terbaik


5) belajar dari kesilapan masa lalu
ramai orang menggangap masa lalu adalah masa yang harus dilupakan..betul memang betul tapi kita kena toleh ke belakang juga kadang-kadang dan cuba betulkan kesilapan..macam mna nak belajar dri kehidupan jika kita tak belajar dari kesilapan masa lalu..kesilapan itu lah yg mematangkan diri kita dan mnguatkan azam kita..apabila kita belajar dari kesilapan ..kita akan lebih berhati-hati dengan diri sendiri dan juga orang lain..jadi kesakitan dari kesilapan tidak akan berulang dan hati kita pon lebih tenang dan gembira untuk berdepan dengan orang lain..kita juga boleh meningkatkan keyakinan diri apabila kita bnyak belajar dari kesilapan 


6)teruskan belajar dan benarkan diri anda untuk terus berubah 
kehidupan perlukan pelajaran untuk merubah diri kita menjadi seorang yang lebih berguna di mata masyarakat..Nabi Muhammad s.a.w pon ada bersabda 
"Tuntutlahlah ilmu dari dalam buaian sehingga keliang lahad"
maksudnya proses pembelajaran ini tidak akan penah berhenti dari kita kecil sehinggalah kita bakal berdepan dengan kematian..samping itu benarkan diri anda untuk mengalami perubahan sama ada dari segi penampilan,cara kehidupan yang mngikut syariaat dan cara pemikiran..berubahlah kepada yang lebih baik sebab perubahan akan mematangkan dan memajukan diri kita jadi kita dapat membentuk satu personaliti yang orang lain senang dan kita sendiri pon senang juga 

jadi melalui tip-tip yang saya bagi tuh cubalah membuat diri anda layak dicintai atau mencintai

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete