Sunday, 28 July 2013

kenapa kita rasa sedih dan bagaimana ingin mengatasinya?

assalamualaikum dan hye kepada semua
kenapa kita ada perasaan sedih? macam kat bawah ni
rasa sedih adalah satu perasaan yang mana kita menunjukkan ketakutan,kehilangan,kesakitan ,kerisauan dan kesusahan yang kita alami dalam satu-satu situasi..apabila kita mengalami kesedihan secara tidak langsung hati kita turut berasa sakit dan mata akan mengeluarkan air yang dipanggil air mata untuk menunjukkan kesakitan itu...
ada kalanya kita juga mudah untuk merasa sedih tanpa sebab dan ianya mungkin kerana hati kita lembut dan mudah tersentuh atau jiwa kita tidak tenteram sebenarnya


kesedihan adalah satu perasaan yang normal bagi manusia kerana secara umumnya..bersedih dan merasa diri disakiti boleh mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya..jadi anda tak perlulah risau kenapa anda bersedih kerana secara tidak langsung anda telah berjaya melahirkan satu perasaan yang dapat membantu anda menghilangkan rasa sakit sedikit demi sedikit dan mengurangkan stress..cumanya janganlah sentiasa berada dalam keadaan sedih dan rasa disakiti saja..apabila kita asyik sedih moto dan kualiti kehidupan kita sedikit sebanyak terjejas dan ini akan terus membuat kita sedih dan terus bersedih sehingga ada rasa keinginan "aku harus mati saja daripada terus hidup dalam keadaan sedih"

untuk menghilangkan sedih sini ada beberapa cara untuk mengatasinya :


1)tulis dan luahkan kesedihan melalui tulisan
ambil pen dan sekeping kertas ataupun tulis diari dan ceritakan sebab anda bersedih..ada kalanya tak suma orang akan paham kesedihan anda hanya diri anda yang paham akan rasa sakit dan sedih itu..jadi untuk meluahkannya ada kalanya kita harus menghadapinya sendiri dengan menulis sesuatu..disamping menulis anda juga boleh melukis sesuatu benda sama ada bentuk ataupun kartun yang boleh membuat anda rasa gembira kembali


2)menonton cerita yang lawak ataupun kartun
ramai orang menganggap cerita lawak adalah cerita yang bodoh dan kartun hanya untuk kanak-kanak saja..sebenarnya cerita lawak dan kartun bukan direka untuk orang bodoh atau kanak-kanak saja ianya lebih kepada ingin menceriakan kehidupan anda sama ada dewasa atau kanak-kanak..bila bersedih cuba try buka kartun or comedy dan tontonnya..walopun sedih tak akan hilang serta merta at least dapat membantu melupakannya seketika dengan bergelak ketawa jadi tak lah rasa tertekan sangat kan


3)bersenam (exercise)
bersenam bukan saja dapat menyihatkan tubuh anda tetapi dapat release satu hormone nama endorphin (hormon kegembiraan) ..bersenam dapat mengeluarkan peluh dan kita berasa lebih cerdas dan saluran darah akan berfungsi lebih baik..jadi segala saraf yang tegang akan dikendurkan kembali..jadi otak pun boleh berfikir dengan tenang dan baik apabila suma sistem dalam badan kita dalam keadaan yang baik


4)mendengar muzik
muzik adalah satu terapi yang baik untuk hilangkan kesedihan..anda boleh memilih genre yang disukai dengan itu mood kita akan bertukar serta merta...pilihan muzik dan nada yang sedap adalah yang terbaik untuk membetulkan perasaan anda..kalo berada dalam keadaan yg sedih bagi saya eloklah dengar lagu yang gembira dan rock sikit lah untuk membuatkan kita lebih energetic dan merasakan masalah boleh diselesaikan


5)menangislah semahu-mahunya 
berikan diri anda satu ruang untuk merasakan kesedihan itu sendiri..menangis lah semahu-mahunya kalo boleh sampai habis tisu sekotak pon tak apa ..ada setengah orang tak kira walau macam mna pon dya dah try nak jadi happy nak lupa kesedihan pon dya still masih dalam keadaan yang sedih..mungkin untuk orang mcam ni dya kena menangis untuk melegakan perasaannya ..biarkan air mata mengalir jangan ditahan..kalo lagi kita tahan air mata hati kita akan lebih sakit..menangis bukan membuatkan anda lemah tapi lebih menguatkan jiwa anda 
“Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness.” ― Steve Maraboli


6) cuba berceritakan masalah anda
masalah yang anda alami seharusnya tidak eloklah dipendam..cuba luahkan masalah anda sama ada kepada teman baik (make sure kwan bukan jenis suka tabur cerita dan tikam belakang) ataupun kepada ahli keluarga yang anda rasakan paling rapat dan memahami anda..jika anda merasakan agak payah atau malu dengan kawan atau keluarga..cuba berjumpa kaunselor atau pakar dan ceritakan masalah anda..kerana mereka yang expert dalam bidang psikologi ini mungkin mempunyai nasihat yang bernas bagi anda untuk mengatasi kesedihan itu


7)tidur or taking a nap
ambil bebrapa jam masa anda dan dapatkan tidur yang secukupnya ataupun good nap..apabila kita tidur otak kita akan mengurangkan kerjanya dan kembali normal dengan itu selepas bangun tidur kita akan kurang berasa sedih..sebelum tidur kalo boleh try kosongkan minda anda dan fikirlah perkara yang baik-baik sahaja


8)keluar dari rumah ambil angin dan berjalan-jalan
anda tidak boleh hanya terperuk dalam rumah saja ketika dalam keadaan yang sedih..sebolehnya cubalah keluar dari rumah bersiar-siar sambil lihat keindahan semulajadi yang tuhan ciptakan..lihatlah tumbuhan yang hijau ataupun benda-benda yang hijau untuk dapatkan lebih ketenangan..sambil berjalan cuba lah belajar bernafas dengan baik dan lihatlah sekeliling untuk membuatkan kita lebih bersyukur dengan kehidupan kita


9)terus tersenyum ataupun fikirkan kenangan yang terbaik
senyumlah walopun hati kita berduka kerana bila terus tersenyum kita secara tak langsung telah merangsang otak untuk terus berfikir positif..cuba senyum dan tengok cermin..lihatlah kita berhak untuk senyum bukan untuk bersedih dan masam muka sambil dalam otak fikir kenapa aku harus bersedih jika aku boleh bergembira..samping itu imbas kembali memori yang indah krana ia akan membuat kita tersenyum secara tidak sedar..apa apa kenangan pon boleh..childhood memory ataupun saat indah anda dpat memliki sesuatu yang diidamkan


10)yakinlah diri anda tidak keseorangan
ironinya apabila kita bersedih..kita akan fikir kita selalu keseorangan ataupon forever alone..salah ya tanggapan tuh salah sama sekali..kita tak pernah kesunyian sebab tuhan selalu bersama kita..cuma kita kena cari tuhan itu..ramai orang telah meninggalkan pencipta-Nya apabila gembira dan kembali mencari pencipta-Nya saat kesedihan..sifat atau perspektif macam ni haruslah kita buang sebab bila tinggal tuhan..tuhan akan tinggal kita dan hidup kita tiada dalam keberkatan dan rahmatnya..jadi syaitan mudah mengambil alih hati dan fikiran kita untuk terus berasa sedih dan merasakan diri tiada gunanya lagi
apabila bersedih cuba hamparkan sejadah ..sembahyang ingat tuhan bertaubat dan akhir sekali tadah tangan untuk memohon kepada yang maha Esa agar hati lebih tenang kerana yakin kuasa ALLAH dapat membetulkan kembali keadaan..satu lagi jangan tinggalkan al-Quran kerana ianya KALAMULLAH yang hebat yang dalamnya terdapat pelbagai panduan untuk mebentuk hidup yang lebih bahgia dalam keberkatan ALLAH s.w.t


*akhir sekali saya harap sangat entri saya kali ini dapat mengurangkan perasaan sedih yang ada dalam diri pembaca yer..kita berhak untuk berasa gembira perasaan sedih hanya sekali-sekala hadir untuk terus mematangkan diri kita agar kita belajar dari kesilapan*
 
I've realized that life is indeed full of contradictions. Sometimes its crazy to be sane.You need to fall to fly. People suffer because you care.You have to unlearn to know the lesson. You have to give up because you are strong.You have to be wrong to make things right.Nonetheless, life's complexities are also life's source of beauty. We should cry to laugh again, fall apart to be whole again, and get hurt to love again.
                                                                                                                -unknown author- 



8 comments:

  1. menarik sangat tajuk ni banyak membantu . Kebetulan saya sekarang ni pun sdg sedih...

    ReplyDelete
  2. Thanks for the writer..dpt membantu sy yng sdng sedih rindu ini

    ReplyDelete
  3. can you follow my lonely planet at http://ledlizbe.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  5. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete